Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021

By | February 3, 2021

 

PPPPM dan MPSM Daerah Hulu Langat menjemput anda menyertai Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021

Perinciannya program tersebut adalah:

Tarikh akhir pendaftaran : 10/04/2021 (tarikh lanjutan)
Tempoh hantar poster: 10/04/2021- 17/04/2021
Perasmian, Forum, Pembentang Poster dan Penguman Pemenang: 24/04/2021 (tarikh pindaan)
Penganjur : Pertubuhan Penyelidikan Dan Pendidikan Pendidik Malaysia (PPPPM) & Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Hulu Langat

 

FORMAT POSTER

Tema : Inovasi Dan Amalan Terbaik Pengajaran Dalam Mendepani Cabaran Covid-19

Untuk maklumat poster, sila muat turun  di link ini

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran dalam talian, sila layari kami di:
Laman web: www.masree.info
Pendaftaran dalam talian: https://bit.ly/PertandinganPosterPdP2021
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di contact@masree.info atau masree.ppppm@gmail.com

 

SEKITAR PERTANDINGAN MELALUI VIRTUAL

 

SENARAI PEMENANG POSTER

GOLD MEDAL

 

 

 

 

 

 

 

SILVER MEDAL

BRONZE MEDAL

 

17 thoughts on “Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021

  1. Pn ROSMINI BINTI AHMAD

    Assalam dan Sejahtera. Saya nak tanya lanjut berkaitan hal di atas.

    Reply
      1. Haslinda Hasan

        Salam
        Soalan saya:

        1. Adakah poster perlu di cetak dan dibentang atau cukup dengan softcopy sahaja semasa hari pembentangan?

        Terima kasih

        Reply
        1. admin Post author

          Waalaikumsalam.

          Poster hanya perlu dibentang dalam zoom dan sertakan softcopy semasa pembentangan.
          Terima kasih

          Reply
  2. SITI HAJAR ZAKARIA

    Mohon pencerahan, adakah pertandingan ini secara berkunpulan atau individu sahaja? Adakah perbentangan dijalankan secara zoom atau secara penghantaran video kepada urusetia atau poster sahaja?

    Reply
    1. admin Post author

      1) So far, the presentation is limited to 15min, but there is no limit to the group and the number of members in the group.

      2) Zoom link would be sent to the participants.

      Thank you and hope to see you soon in the program!

      Best regards,
      MAsREE secretariat

      Reply
  3. NORAFIZA BT RAZILAH

    Assalamualaikum. Saya.ada bertanya melalui email tapi belum mendapat maklum balas dari penganjur. Saya ingin bertanya, jika inovasi tak menepati tema, boleh ke? Selepas daftar baru dapat tahu tema berkenaan PdP pasca covid 19.

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumsalam
      Minta maaf kerana pihak kami terlepas pandang email.
      Boleh. Sekurang-kurangnya tema di bawah 3 tajuk yang berkaitan tetap akan diterima.

      Reply
  4. aizat

    Pertandingan ini adalah peringkat kebangsaan atau antarabangsa?

    Reply
    1. admin Post author

      Pertandingan ini hanya peringkat kebangsaan.

      Terima kasih

      Reply
  5. NORFARIZAN

    I have a question regarding the presentation. When will be the presentation be held? Will there be a link directly given to us?

    Reply
    1. admin Post author

      You will get the link when you have made a registration.

      Thank you

      Reply
    1. admin Post author

      Format poster dalam bentuk softcopy. Boleh rujuk di

      Reply
  6. AINI BT MOHD NAZRI

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

    Saya ingin bertanya. Maaf saya kurang faham mengenai pertandingan ini dan sudah melayari di internet untuk mengetahui lebih lanjut namun gagal. Pertandingan ini mengenai menghasilkan produk apa, boleh saya tahu? Kerana terdapat orang yang menyebut mengenai poster. Adakah kita hanya menghasilkan poster? Mengenai tema-tema itukah? Maaf jika pertanyaan saya sangat amatur kerana saya tidak jumpa maklumat terperinci mengenai pertandingan ini tetapi saya berminat.

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.